Pages

Monday, February 13, 2012

Iran tak maaf penyokong AS

TEHERAN: Speaker Parlimen Iran, Ali Larijani, memberi amaran Teheran tidak akan memaafkan mana-mana negara Teluk jika mereka terus menyokong rancangan Amerika Syarikat ke atas negaranya.

“Kami menyarankan sesetengah negara yang dulu berpihak kepada Saddam Hussein dan kini menyebelahi plot AS ke atas Iran supaya berhenti melakukannya.


“Iran tidak akan memaafkan mereka lagi. Akan ada kesan di rantau Teluk jika rancangan ke atas kami dilaksanakan,” katanya.

Kenyataan Ali itu merujuk kepada bantuan kewangan dan politik yang besar diberi beberapa negara Teluk, terutama Kuwait dan Arab Saudi, ke atas rejim Saddam sepanjang tempoh perang Iran - Iraq pada 1980 hingga 1988.


Ali memberi komen ketika AS dan Kesatuan Eropah mengenakan sekatan baru ke atas Bank Pusat Iran dan aktiviti pengeksportan minyak negara itu ekoran program nuklear Teheran yang kontroversi.


Teheran menggesa Arab Saudi menimbang semula janjinya memenuhi sebarang kekurangan bekalan minyak akibat sekatan dikenakan ke atas Iran.


Bagi Teheran, janji Riyadh masuk campur dalam pasaran petroleum dunia dianggap sebagai “tidak mesra.” Hubungan tegang di antara Iran yang didominasi Syiah dan Sunnah Arab Saudi terus meningkat selepas Riyadh mengetuai operasi ketenteraan di Bahrain bagi membantu kerajaan berdepan dengan kebangkitan prodemokrasi rakyat.


Hubungan itu semakin buruk tahun lalu apabila AS mendakwa Ada pihak tertentu di Teheran merancang membunuh Duta Arab Saudi ke Washington.

Kemudian, Majlis Kerjasama Teluk dianggotai Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emirah Arab Bersatu menggesa Iran “berhenti campur tangan dalam hal ehwal dalaman” negara terbabit. - AFP

myMetro | Iran tak maaf penyokong AS:

'via Blog this'

No comments: