Pages

Wednesday, July 25, 2012

'The Joker' seperti zombie

Kombinasi foto menunjukkan beberapa reaksi wajah Holmes di mahkamah Arapahoe.
Kombinasi foto menunjukkan beberapa reaksi wajah Holmes
di mahkamah Arapahoe.
 
Centennial: Lelaki menggelar dirinya The Joker selepas membunuh 12 orang di sebuah pawagam di Aurora, Denver, mungkin ada penyakit mental selepas muncul di sesi mahkamah dengan penampilan tidak bermaya, tiada emosi selain mendapat tumpuan kerana rambutnya yang berwarna merah.

Pakar jenayah Universiti Virginia, Dr Joan Neff, berkata tingkah laku James Holmes di mahkamah konsisten dengan seseorang yang menderita penyakit mental seperti skizofrenia.

Kita tahu masalah mental cenderung bermula awal 20-an. Jika begitu, dia mungkin ada masalah itu. Sebab itu, Holmes seperti tidak tahu apa yang berlaku di sekitarnya, kata Neff.
Holmes, 24, yang ditahan di luar pawagam selepas pembunuhan itu, juga terhuyung hayang ketika sesi keterangan singkat, merenung kosong dan kerap menutup mata seolah-olah menahan mengantuk. Kaki dan tangannya juga digari.

Kira-kira 40 anggota keluarga mangsa duduk di bahagian kiri mahkamah. Seorang lelaki yang duduk di baris hadapan galeri merenung Holmes sepanjang prosiding. Apabila Hakim Daerah Arapahoe, William Sylvester menyoal Holmes, wajah The Joker tiada ekspresi dan peguam menjawab bagi pihaknya.

Pakai baju perisai

Polis berkata, dia kelihatan seperti individu lain berbanding Jumaat lalu, apabila memakai baju perisai dan topeng muka sambil memegang tiga senapang, melepaskan tembakan ke arah penonton tayangan sesak tengah malam Batman: The Dark Knight Rises di kompleks pawagam Aurora.
Yang maut termasuk veteran perang, penyampai sukan bercita-cita tinggi yang nyaris ditembak di sebuah pusat beli-belah di Toronto awal musim panas ini dan kanak-kanak perempuan enam tahun.

Teman wanita seorang mangsa, Alex Teves, 24, berkata kekasihnya kena tembakan ketika melindunginya daripada serangan Holmes dalam keadaan pawagam gelap.

Dia lindungi saya. Kekasih saya tidak teragak-agak. Saya keliru tetapi dia tidak teragak-agak, kata Amanda Lindgren, 24, sambil menangis.
Reuters

No comments: