Pages

Wednesday, July 25, 2012

Liga Arab tawar AS$100 juta kepada pelarian Syria

DOHA 24 Julai - Jawatankuasa Liga Arab semalam bersetuju untuk menawarkan dana berjumlah AS$100 juta (RM310 juta) kepada pelarian warga Syria.
Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad Jassim al-Thani berkata, dana tersebut bertujuan untuk membantu pelarian Syria yang meninggalkan negara itu ekoran keganasan berterusan.
Sementara itu, Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) menyatakan jumlah pelarian Syria di beberapa negara jiran kini mencecah 125,000. - REUTERS/DPA

No comments: