Pages

Friday, March 23, 2012

Serangan tak boleh sekat Iran

myMetro | Serangan tak boleh sekat Iran:HONG KONG: Bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berkata semalam, serangan tentera terhadap Iran boleh melengahkan program nuklear negara itu tetapi ia tidak akan dapat menghentikannya sama sekali.
“Anda boleh mengebom kemudahan nuklear mereka tetapi anda tidak boleh mengebom pengetahuan mereka,” kata Mohamed ElBaradei di Hong Kong.

Bekas ketua IAEA itu juga memberi amaran kepada Barat dan Israel, jika Iran diserang kerana program nuklearnya, negara itu mungkin memilih untuk menghasilkan senjata nuklear sebagai langkah pencegahan, lapor Bloomberg.
Beliau seterusnya menegaskan, negara Barat memerlukan Iran untuk bantu menstabilkan rantau yang berdepan dengan konflik di Iraq, Afghanistan dan Lubnan.

“Iran dan Barat memerlukan satu sama lain. Buat masa ini, masing-masing menunggu satu sama lain untuk memulakannya tetapi ia tidak akan berlaku,” kata Mohamed. Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov kelmarin berkata, sebarang serangan terhadap Iran kerana program nuklearnya akan menyebabkan kemusnahan kerana ia akan mendorong kepada perlumbaan senjata di Asia Barat.

“CIA dan pegawai Amerika Syarikat lain kini mengaku mereka tidak mempunyai maklumat mengenai rancangan pemimpin Iran untuk menghasilkan senjata nuklear. Tetapi saya yakin keputusan seumpama itu akan diambil selepas serangan terhadap Iran,” katanya dalam wawancara dengan Radio Kommersant FM. Beliau menegaskan, jika serangan dilakukan, kebanyakan negara Dunia Ketiga akan menyedari bahawa “jika anda mempunyai bom nuklear, tidak ada orang yang akan mengganggu anda.” Amerika Syarikat dan Israel meningkatkan ancaman perang terhadap Iran sejak beberapa bulan lalu dengan mendakwa Teheran mempunyai rancangan ketenteraan menerusi program nuklearnya.
Iran menyangkal tuduhan itu dengan berkata, sebagai anggota IAEA dan menandatangani Perjanjian Mengehadkan Senjata, ia berhak terhadap semua bentuk penggunaan tenaga nuklear yang bertujuan untuk keamanan. - Agensi

'via Blog this'

1 comment:

BAINA said...

“CIA dan pegawai Amerika Syarikat lain kini mengaku mereka tidak mempunyai maklumat mengenai rancangan pemimpin Iran untuk menghasilkan senjata nuklear.

komen :

lihatlah sandiwara mereka. negara secanggih amerika tidak ada maklumat pasal iran. bullshhhiiit.

kalau iraq tu takde bukti senjata pemusnah pun tapi iraq telah dimusnahkan.

kalau afghan tu takde bukti osama bom WTC pun tapi afghan telah dibumi hangus.

utk iran berbagai alasan bodoh mereka beri.

sedarlah semua ! mereka semua bersekutu yg berketuakan dajjal akhir zaman.