Pages

Friday, March 23, 2012

EU mahu kenakan sekatan ke atas isteri Assad

EU mahu kenakan sekatan ke atas isteri Assad - Global - Sinar Harian:
Asma Assad
NEW YORK - Kesatuan Eropah (EU) sebulat suara untuk mengenakan sekatan ke atas Asma Assad, isteri kepada Presiden Syria, Bashar al-Assad pada hari ini jika ia mendapat kelulusan rasmi.
Di bawah sekatan itu, Asma tidak lagi boleh melancong ke negara Eropah atau membeli barangan dari rangkaian kedai milik EU dengan menggunakan namanya.
Tindakan tersebut diambil selepas akhbar Britain, The Guardian mendedahkan kandungan ribuan emel peribadi Asma yang menunjukkan dia berbelanja mewah secara dalam talian walaupun Syria masih lagi bergolak.
Sementara itu, semasa taklimat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kelmarin Amerika Syarikat (AS) dan Britain turut menuduh Iran membekalkan senjata ke Syria yang digunakan oleh rejim Assad untuk membunuh rakyatnya sendiri.
Namun, Iran dan Syria berkeras menafikan tuduhan tidak berasas tersebut.

'via Blog this'

No comments: