Pages

Friday, March 23, 2012

Zionis beza pendapat mengenai masa bertindak

myMetro | Zionis beza pendapat mengenai masa bertindak:BAITULMAQDIS: Israel dan Amerika Syarikat tidak bersependapat mengenai tempoh realistik untuk bertindak bagi menyekat Iran daripada memperoleh senjata nuklear, kata Menteri Pertahanan rejim Zionis, Ehud Barak.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan yang negaranya akan bertindak bersendirian untuk menyerang Iran. Barak sekali lagi menyuarakan kebimbangan bahawa Iran berusaha untuk menjadikan program senjata nuklearnya kebal daripada serangan sebelum mengambil keputusan untuk menghasilkan bom atom.

“Israel tidak mampu untuk menunggu hingga ke saat itu,” kata Barak kepada Radio Israel.
Bagaimanapun, menurutnya, Israel bersedia memberi tempoh selama beberapa bulan lagi bagi membolehkan tindakan sekatan dan rundingan menunjukkan kesan.

Menurut Barak, rejim Zionis itu dan Amerika Syarikat bersetuju mengenai matlamat terakhir iaitu menyekat Iran daripada memperoleh senjata nuklear.

“Perbezaan antara Israel dan Amerika Syarikat ialah dari segi tempoh untuk menyekat Iran daripada memperoleh senjata itu,” katanya. - AP

'via Blog this'

No comments: