Pages

Friday, March 23, 2012

Ramai penduduk Islam Britain guna Syariah


LONDON: Hukuman jenayah berat seperti sebat dan rejam dengan batu mungkin dilaksanakan ramai penduduk di Britain sekiranya undang-undang Islam dibenarkan di negara itu.

Anggota House of Lords, Baroness Cox, meramalkan senario itu kerana semakin ramai penduduk Islam yang tidak menggunakan sistem mahkamah rasmi sebaliknya memilih untuk meminta bantuan majlis Syariah untuk menyelesaikan pertikaian undang-undang.

Cox memberitahu satu persidangan anggota dewan itu, dia percaya, keadaan ini boleh membawa kepada kemusnahan demokrasi dan menyemarakkan sokongan kepada kumpulan seperti Parti Kebangsaan Britain (BNP), lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.
Cox adalah seorang daripada aktivis yang paling lantang bersuara menentang penggunaan undang-undang Islam yang semakin meluas di Britain.

Penduduk Islam British dibenarkan menggunakan mahkamah Syariah sejak 1982. – Agensi

No comments: