Pages

Friday, March 23, 2012

Teheran dituduh bekal senjata kepada Syria

myMetro | Teheran dituduh bekal senjata kepada Syria:PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Amerika Syarikat dan Britain semalam menuduh Iran membekalkan senjata kepada Syria yang digunakan untuk menyerang penentang kerajaan Presiden Bashar al-Assad.
Diplomat Amerika Syarikat, Britain dan Perancis menyuarakan kebimbangan bahawa Iran melanggar sekatan PBB dan membekalkan senjata secara haram kepada kerajaan Bashar.

Tuduhan itu dibuat ketika taklimat Majlis Keselamatan PBB mengenai pelanggaran sekatan oleh Teheran.
“Kami bimbang sebahagian besar pelanggaran itu membabitkan penghantaran senjata dan bahan berkaitan dari Iran ke Syria. Senjata itu digunakan oleh kerajaan Bashar untuk menindas rakyat Syria,” kata Timbalan Duta Amerika Syarikat ke PBB, Rosemary DiCarlo.

Menurut sekatan PBB yang dikuatkuasakan terhadap Iran, ia dilarang mengeksport senjata.

Satu laporan PBB tahun lalu menuduh Iran menyeludup senjata ke Syria tetapi ketika itu diplomat berkata, senjata itu dibekalkan kepada kumpulan pejuang di Lubnan dan Palestin. - AP

'via Blog this'

No comments: