Pages

Wednesday, February 15, 2012

Spekulasi susuli kematian Whitney Houston


Seorang kanak-kanak meletakkan bunga bagi memperingati kematian penyanyi bersuara lantang, Whitney Houston yang ditemui mati di Hotel Beverky Hilton, Los Angeles, Sabtu lalu. - AFP


LOS ANGELES 14 Feb. - Pelbagai spekulasi timbul sejak bintang legenda Whitney Houston ditemui mati di bilik hotelnya pada Sabtu lalu namun punca sebenar kejadian tersebut masih belum diketahui sehingga kini.
Pasukan perubatan menyatakan punca kematian penyanyi tersebut hanya akan diketahui dalam tempoh beberapa minggu.
"Penyiasatan yang dilakukan bukan seperti yang dilihat dalam siri drama CSI yang hanya dapat diketahui dalam tempoh satu atau dua hari sahaja," kata Presiden Persatuan Pemeriksa Perubatan Kebangsaan, Dr. Andrew Baker.
Seperti mana yang dilakukan ke atas kes kematian bintang pop Michael Jackson dan penyanyi Amy Winehouse, keputusan ujian toksik bakal mengambil tempoh dari enam sehingga lapan minggu.
Antara spekulasi awal yang sering dikaitkan dengan kematian penyanyi berusia 48 tahun itu adalah pengambilan dadah secara berlebihan.
Baker yang tidak terlibat dalam penyiasatan tersebut menjelaskan, autopsi awal hanya dapat mengenal pasti punca kematian bagi kes-kes seperti trauma, sakit jantung, atau berkaitan kegagalan fungsi otak. - REUTERS
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments: