Pages

Wednesday, February 15, 2012

Angkara Zionis sendiri: Iran

TEHERAN: Seorang anggota Parlimen kanan Iran berkata semalam, Israel melancarkan serangan terhadap kedutaannya sendiri di India dan Georgia untuk meraih simpati negara lain.

Seorang diplomat rejim Zionis itu di New Delhi cedera apabila sebuah kereta kedutaan cuba diletupkan.

Dalam serangan kedua, seorang warga Georgia di kedutaan Israel di Tbilisi menemui bom di bawah keretanya ketika memandu ke pejabat.

Bom itu dimusnahkan sebelum ia meletup.


Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu serta-merta menuduh Iran dan Hizbullah bertanggungjawab terhadap kedua-dua serangan itu.


Rekod lampau rejim Zionis jelas menunjukkan anasirnya melakukan keganasan sedemikian untuk mendapatkan populariti dan simpati daripada negara lain, kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kebangsaan dan Dasar Luar, Ismail Kowsari.

Beliau sekali lagi berkata, Israel melancarkan serangan serupa dalam usaha untuk menuduh negara lain, khususnya Iran dan untuk meraih keuntungan politik.

“Israel yang bertanggung jawab terhadap pembunuhan empat saintis negara kita menuding jari pada Iran untuk mengalih tumpuan masyarakat antarabangsa,” kata Ismail. - Agensi

myMetro | Angkara Zionis sendiri: Iran:

'via Blog this'

No comments: