Pages

Wednesday, February 15, 2012

Buang dalam baldi surau

BACHOK: Mayat bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemui di dalam baldi di sebuah surau, di sini, semalam.

Bayi perempuan cukup sifat itu ditemui oleh dua pekerja pembersihan yang membersihkan bilik air berkenaan pada jam 10.40 pagi.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, polis yang dimaklumkan mengenai kejadian itu segera ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.

“Mayat bayi perempuan itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat,” katanya.


Menurutnya, polis kini melancarkan gerakan memburu ibu kepada bayi itu untuk membantu siasatan.


Katanya, ibu bayi itu diminta menyerah diri di mana-mana balai polis berdekatan.

“Kita juga meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya segera ke balai polis berdekatan atau hubungi talian 09-7450999,” katanya.myMetro | Buang dalam baldi surau:

'via Blog this'

No comments: