Pages

Monday, December 26, 2011

Mel Gibson hilang separuh daripada RM2.7b harta akibat perceraian

LOS ANGELES: Kes perceraian aktor Mel Gibson akhirnya selesai, semalam dan dia terpaksa menyerahkan separuh daripada hartanya yang bernilai AS$850 juta (RM2.7 bilion) kepada bekas isterinya, lapor akhbar.

Peguam Gibson dan isterinya, Robyn Moore, memberitahu hakim mengenai cadangan pembahagian harta itu di mahkamah Los Angeles. Pemenang anugerah Oscar itu memiliki beberapa hartanah, termasuk kediaman tepi laut di Malibu di luar bandar raya ini. Di bawah undang-undang California, Robyn, 51, berhak memperoleh separuh daripada aset Gibson kerana mereka tidak menanda tangani perjanjian praperkahwinan ketika berkahwin pada 1980.


Pasangan itu berpisah lima tahun lalu selepas 26 tahun berkahwin ketika Gibson ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol di Malibu. Bagaimanapun Robyn hanya memfailkan perceraian pada April 2009 selepas Gibson membuat penampilan bersama Oksana Grigorieva, 41, yang hamil ketika itu. - EN

myMetroMel Gibson hilang separuh daripada RM2.7b harta akibat perceraian:

'via Blog this'

No comments: