Pages

Monday, December 26, 2011

Kem penentang Iran di Iraq dibedil

BAGHDAD: Dua bom mortar mengenai kem puak penentang Iran di Iraq hanya beberapa hari selepas Baghdad melanjutkan tarikh akhir penutupan hujung tahun ini ketika PBB merundingkan penempatan 3,000 penghuni di situ.

Bom mortar itu mendarat di kem Ashraf, markas People's Mujahideen Organization of Iran (PMOI), kumpulan pembankang Iran yang dianggap secara rasmi oleh Amerika Syarikat dan Iran sebagai kumpulan pengganasa.
Kem itu terletak 65 kilometer dari Baghdad.
Kenyataan wakil Kem Ashraf menyatakan kem berkenaan terkena roket tetapi tidak merujuk sebarang kemalangan jiwa.
Berita Harian Online | Kem penentang Iran di Iraq dibedil:

'via Blog this'

No comments: