Pages

Monday, December 26, 2011

7 maut, 32 cedera dalam letupan bom kereta di Iraq

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya tujuh individu maut dan 32 yang lain cedera apabila pengebom berani mati bertindak nekad meletupkan kereta berisi bom di pintu masuk utama ke Kementerian Dalam Negeri Iraq, hari ini.

Serangan itu adalah susulan siri pengeboman minggu lalu yang menyebabkan sehingga 70 orang terbunuh dalam sehari sekali gus meningkatkan kebimbangan mengenai masa depan Iraq selepas tentera Amerika Syarikat beredar dari negara berkenaan baru-baru ini.
Dua pegawai polis berkata, letupan itu berlaku pada awal pagi ketika waktu puncak dan memusnahkan satu daripada beberapa penghadang keselamatan yang diletakkan di sekeliling bangunan kementerian berkenaan.
Katanya, lima anggota polis antara individu yang terkorban.

Sementara itu, dua doktor di hospital berdekatan mengesahkan angka kematian berkenaan. - AP
Berita Harian Online | 7 maut, 32 cedera dalam letupan bom kereta di Iraq:

'via Blog this'

No comments: