Pages

Tuesday, August 16, 2011

Pemohon suaka politik duduk rumah RM9.7 juta




RUMAH yang didiami keluarga Saeed Khaliif bernilai RM9.7 juta.


LONDON - Sebuah keluarga yang memohon suaka politik telah berpindah ke kediaman bernilai £2 juta (RM9.7 juta) yang merupakan salah satu kawasan kejiranan paling eksklusif atas perbelanjaan pembayar cukai rakyat Britain, lapor sebuah akhbar semalam.
Ketua keluarga itu yang merupakan seorang penganggur Saeed Khaliif (gambar), 49, menerima hampir £8,000 (RM38,838) untuk membayar sewa rumahnya selama sebulan.

RUANG dapur rumah yang didiami keluarga Saeed Khaliif.


Ia merupakan bayaran elaun perumahan yang antara paling mahal yang pernah dikeluarkan.
Dia juga yang merupakan pelarian Somalia diminta untuk berpindah ke kediaman yang dilengkapi enam bilik tidur di West Hampstead, barat laut London itu dengan isterinya, Sayida dan anak-anaknya selepas menyatakan bahawa penginapannya sebelum ini tidak memuaskan.
Rumah lama mereka yang terletak di Coventry turut mempunyai enam bilik tidur tetapi dengan kadar bayaran £1,000 (RM4,853) sebulan.
Kediaman baharu pasangan itu mempunyai sebuah bilik tidur utama, dapur konsep moden dan ruang tamu yang besar.
Ia terletak berdekatan dengan rumah pelawak terkenal, Stephen Fry dan pelakon, Emma Thompson. - Agensi, kosmo

No comments: