Pages

Tuesday, August 16, 2011

Imigran Nigeria peroleh RM97.09 juta





1. GEORGE ABRUE

2. SARAH ROBSON


LONDON, Britain - Seorang penipu licik, George Abrue dan isterinya, Sarah Robson menipu wang orang ramai berjumlah £20 juta (RM97.09 juta) dengan menjual saham tidak berharga kepada mereka, lapor sebuah akhbar semalam.
Abrue yang merupakan imigran dari Nigeria itu menganjurkan komplot penipuan saham terbesar di Eropah dengan menubuhkan beberapa syarikat palsu dan menyakinkan beribu-ribu warga emas untuk membuat pelaburan.
Menurut akhbar The Sun, sebahagian mangsa ditipu hingga £850,000 (RM4.12 juta) sekali gus kehilangan rumah dan simpanan hari tua mereka.
Abrue, 30, yang dikenali sebagai Blingmaster menggunakan wang haram itu untuk melancong ke seluruh dunia, membeli beberapa kereta berprestij termasuk sebuah Bentley berharga £150,000 (RM728,287) serta barang kemas bertatahkan berlian.

SEBUAH rumah yang dimiliki George Abrue di Sweden.


Namun, kehidupan mewah mereka berakhir apabila pihak berkuasa di sini yang menyiasat skim saham palsu menyerbu rumah Robson dan menemui telefon bimbitnya.
Gambar-gambar dalam telefon bimbit itu memperincikan bagaimana pasangan tersebut membelanjakan jutaan pound wang penipuan dan turut membawa polis ke tempat persembunyian mereka iaitu sebuah kediaman mewah berharga £2.5 juta (RM12.13 juta) di Sepanyol.
Abrue yang berasal dari bandar Newcastle, kini menjalani hukuman penjara lima tahun selepas dia mengakui mendalangi komplot penipuan dan penggubahan wang haram di sebuah mahkamah Britain pada Januari lalu.
Dia juga mempunyai sebuah rumah di Sweden.
Robson, 26, pula didapati bersalah terhadap dakwaan sama pada bulan lalu.
Dia dihukum penjara selama 21 bulan. - Agensi, kosmo

No comments: