Pages

Tuesday, August 16, 2011

12 beri keterangan isu gereja

Tiga daripada 12 individu Islam yang menghadiri majlis makan anjuran komuniti gereja di gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu hadir memberi keterangan di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), di Shah Alam, semalam. - Foto Roslin Mat Tahir
Tiga daripada 12 individu Islam yang menghadiri majlis makan anjuran komuniti gereja di gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu hadir memberi keterangan di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), di Shah Alam, semalam. - Foto Roslin Mat Tahir

JAIS sedia kaunseling individu hadir majlis makan malam anjuran DUMC 

SHAH ALAM: Seramai 12 individu Islam memberi keterangan di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini, semalam kerana menghadiri majlis makan malam anjuran komuniti gereja di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya, pada 3 Ogos lalu.
Sumber JAIS berkata, mereka yang gagal berbuat demikian selepas diminta pihak berkuasa agama terbabit Selasa lalu, hadir secara berperingkat di pejabat JAIS mulai jam 9.15 pagi.
“Ada antara mereka ditemani peguam dan ada juga tidak. Semua individu terbabit turut diberikan kaunseling. JAIS mengeluarkan surat jemputan sekali lagi selepas mereka gagal hadir (9 Ogos lalu) dan akhirnya mereka berbuat demikian hari ini (semalam),” katanya. 

Petugas media yang meninjau di tingkat enam pejabat JAIS mendapati sesi kaunseling itu turut dihadiri Pengarah JAIS, Marzuki Hussin dan Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar. 

Tinjauan mendapati beberapa kanak-kanak bermain di luar bilik mesyuarat tempat sesi kaunseling itu berlangsung. 

Selepas diarah turun, beberapa wakil media menunggu di hadapan pejabat Marzuki untuk mendapatkan reaksinya mengenai perkara itu tetapi sekali lagi diminta beredar sambil diiringi pengawal keselamatan. 
Pada 3 Ogos lalu, media melaporkan Bahagian Penguat kuasa JAIS dan polis melakukan pemeriksaan di DUMC kerana mengadakan majlis makan malam anjuran komuniti gereja yang turut dihadiri umat Islam. 

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal-Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, dipetik berkata anggota penguat kuasa JAIS bersama polis menjalankan pemeriksaan di premis itu walaupun dihalang penganjur. 

Katanya, penganjur utama dipercayai beragama Islam berunding hampir sejam bersama ketua pasukan operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis selesai. 

Hasan berkata, mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. 

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan Jabatan Kerajaan Selangor anjuran Majlis Perbandaran Sepang di sini, semalam, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerajaan Selangor tidak akan mengambil tindakan terhadap DUMC buat masa ini walaupun didakwa melanggar syarat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). bharian

No comments: