Pages

Thursday, August 25, 2011

Gaddafi akan dibicara di Libya

DUA gambar berbeza dirakam di lokasi sama.  Gambar kiri menunjukkan Gaddafi berucap kepada wartawan di perkarangan kompleks kediamannya  di Tripoli pada 5 Februari 2001 sementara kanan, pemberontak meraikan kejayaan menawan kompleks itu, semalam.

DUA gambar berbeza dirakam di lokasi sama. Gambar kiri menunjukkan Gaddafi berucap kepada wartawan di perkarangan kompleks kediamannya di Tripoli pada 5 Februari 2001 sementara kanan, pemberontak meraikan kejayaan menawan kompleks itu, semalam.
ROME: Libya akan mengadakan pilihan raya bebas dalam masa lapan bulan dan membicarakan Muammar Gaddafi di negara itu.
Pemimpin pemberontak, Mustafa Abdel Jalil berkata semalam, pihaknya tidak akan menyerahkan bekas pemimpin Libya itu kepada mahkamah antarabangsa.

“Kami akan mengadakan pilihan raya Parlimen dan presiden dalam masa lapan bulan,” kata Pengerusi Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) itu.-hmetro

Kumpulan berkenaan kini menguasai keseluruhan negara yang kaya dengan minyak itu kecuali beberapa kawasan kecil.

“Kami mahukan kerajaan demokratik dan perlembagaan yang adil.

“Lebih penting lagi, kami tidak mahu hidup dipencil masyarakat antarabangsa seperti yang berlaku sekarang,” katanya kepada akhbar Itali, La Republica.


Kedudukan Gaddafi sehingga semalam masih tidak diketahui. Pemberontak menawan istananya di Tripolil. Mustafa berkata, bekas pemimpin itu dan orang kanannya perlu ditangkap dan dibicarakan di Libya.

“Era Gaddafi sudah berakhir meskipun kejatuhan sebenarnya hanya akan berlaku selepas dia ditangkap dan dihukum kerana jenayah yang dilakukannya,” kata Mustafa.
Beliau berpendapat Gaddafi dan orang kanannya mesti dibicarakan secara adil dan ia mestika dilakukan di Libya.

“Untuk memastikan keadaan itu berlaku, kami perlu menangkap mereka hidup-hidup dan melayan mereka berbeza dengan layanan yang diberikannya kepada musuhnya.

“Beliau hanya akan kekal dalam ingatan kerana jenayahnya, kerana penangkapan dan pembunuhan musuh politik yang dilakukannya,” kata Mustafa kepada La Republica.

Menteri Luar Itali, Franco Frattini sebelum ini berkata, Gaddafi perlu dibicarakan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague, Belanda.

Selepas enam bulan kebangkitan menentang pemerintahan 42 tahun beliau, hanya beberapa kawasan kecil di Trtipoli masih dikuasai penyokong Gaddafi.

Mustafa berkata, tentera Gaddafi kini berundur ke kubu kuat mereka di bandar pelabuhan Sirte. - AP

No comments: