Pages

Thursday, August 25, 2011

Pekerja penggal majikan


REMAN...suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Bentong untuk mendapatkan perintah tahanan reman, semalam.
REMAN...suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Bentong untuk mendapatkan perintah tahanan reman, semalam.
KUANTAN: Hanya kerana pertengkaran kecil yang dipercayai berpunca akibat salah faham, seorang doktor warga emas putus kepala akibat dipenggal dengan parang oleh pekerjanya sendiri dalam satu kejadian di sebuah kebun di Kampung Sertik, Bentong, malam kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Harjit Singh, 61, yang bertugas sebagai doktor secara kontrak di Penjara Bentong dikatakan sedang berehat di anjung rumahnya di kawasan kebun kira-kira 50 meter dari jalan di Kampung Sertik.
Mangsa dikunjungi lelaki warga asing berusia 31 tahun itu yang bekerja menjaga kebun miliknya untuk berbincang sesuatu, namun berlaku pertengkaran antara mereka.

Suspek dipercayai ‘naik hantu’ berikutan pertengkaran itu melibaskan parang yang dibawanya lalu mengenai leher Harjit menyebabkan kepala doktor itu putus dan meninggal dunia di tempat kejadian.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner, T Narenasegaran berkata, polis yang menerima laporan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui mayat mangsa di atas kerusi di anjung rumahnya.-hmetro

No comments: