Pages

Thursday, August 25, 2011

Tiga ditahan bantu siasat kes kematian warga jepun



25/08/2011 6:11pm

SHAH ALAM 25 Ogos — Polis menahan tiga lelaki warganegara asing berhubung kes kematian seorang rakyat Jepun di dalam bilik sebuah hotel di Ampang pada Isnin lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 20 dan 35 tahun itu dipercayai mengenali mangsa untuk menjalankan urusan perniagaan di negara ini.
Beliau berkata, kesemua lelaki itu ditahan semalam di sebuah kawasan di Ampang dan sebuah kereta jenis Proton Saga turut dirampas.
"Berdasarkan pemeriksaan dan soal siasat awal, kita percaya mangsa berkemungkinan mengenali suspek,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.
Dalam kejadian itu, warga Jepun berkenaan ditemui mati dalam keadaan kaki dan tangannya terikat manakala rakannya turut diikat di dalam sebuah bilik hotel berhampiran pusat membeli-belah Ampang Point. — Bernama

No comments: