Pages

Sunday, July 31, 2011

Satu terkorban banjir di Jepun



Arus deras banjir yang membawa lumpur melimpah dari sungai Tadamigawa di Yanaizu, wilayah Fukushima, semalam. Seorang maut, sementara 400,000 yang lain terpaksa dipindahkan selepas hujan lebat melanda Niigata dan Fukushima. - AFP


TOKYO 30 Julai - Banjir di Jepun meragut korban pertama hari ini ketika hampir 400,000 orang digesa berpindah selepas bencana itu mengorbankan berpuluh-puluh orang di semenanjung Korea.
Kerajaan tempatan di Niigata dan Fukushima mengeluarkan arahan berpindah selepas agensi kaji cuaca kebangsaan mengeluarkan amaran tahap tertinggi tentang ramalan lebih banyak banjir dan tanah runtuh akan berlaku.
Rakaman dari helikopter yang disiarkan oleh NHK menunjukkan banyak jambatan di sungai Shinano di Niigata ditenggelami air, sementara pokok-pokok dan tiang telefon turut tumbang.
Kamo City di Niigata paling terjejas teruk apabila banjir menenggelamkan jalan-jalan di bandar itu.
NHK melaporkan, sejumlah 396,000 orang digesa berpindah awal hari ini, tetapi tiada arahan wajib dikeluarkan walaupun paras air sungai meningkat, tembok pecah dan rumah ditenggelami air.
Korban pertama, Eiichi Murayama, 67, maut di Tokamachi City, di Niigata awal hari ini selepas kenderaan yang dipandunya dihanyutkan air semalam, menurut polis di Niigata. - AFP
utusan

No comments: