Pages

Sunday, July 31, 2011

Breivik turut jadikan istana sasaran serangan



OSLO 30 Julai - Suspek serangan berkembar di Oslo pada 22 Julai lalu, Anders Behring Breivik dilapor turut menjadikan istana dan ibu pejabat parti pemerintah, Parti Buruh sebagai antara sasarannya, lapor akhbar tabloid Verdens Gang (VG), hari ini.
"Ketika disoal siasat, suspek memberitahu dia merancang untuk melancarkan serangan di lokasi lain, tetapi sebaliknya menyerang pejabat kerajaan di Oslo dan kem belia di Utoya.
"Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai sasaran yang disenaraikan suspek kerana ia boleh mengancam keselamatan negara," kata pendakwa raya Paal-Frederick Hjort Kraby yang dipetik VG.
Breivik mensasarkan istana kerana tempat tersebut mempunyai nilai simbolik, sementara ibu pejabat Parti Buruh pula dianggap sebagai lokasi mewujudkan masyarakat pelbagai budaya yang amat dibenci suspek.
Polis Norway bagaimanpun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan menolak untuk mengenal pasti tempat-tempat yang menjadi sasaran suspek.
"Pada peringkat penyiasatan dan berdasarkan kepada kenyataan suspek, kami telah menyiasat beberapa kawasan yang berisiko menjadi sasaran serangan dan kami tidak menjumpai sebarang perkara yang meragukan," kata ketua penyiasat, John Frederiksen. - AFP,utusan

No comments: