Pages

Sunday, July 31, 2011

Polis pecah kereta selamatkan ‘bayi’

LONDON: Polis memecahkan cermin sebuah kereta untuk menyelamatkan seorang bayi yang ditinggalkan dalam kenderaan itu ketika cuaca panas terik sebelum menyedari ia hanya anak patung.
Chanel Cristofis, 5, meninggalkan anak patungnya, Sam, dalam kereta bapanyanya, Anastasi selepas dihantar ke sekolah.
Anastasi kemudian pergi bekerja.

Seorang wanita yang melintas kawasan tempat letak kereka ternampak anak patung bersaiz bayi itu, menyangka ia bayi betul yang ditinggalkan di dalam kereta, sebelum bertindak menelefon polis.
Kerana bimbang ‘kanak-kanak’ itu akan mati akibat kepanasan, anggota polis memecahkan cermin kereta berkenaan sebelum menyedari kesilapan mereka.Anastasi, 37, berkata: “Saya terkejut apabila polis datang sambil memegang anak patung itu serta menceritakan apa yang berlaku.“Mereka memberitahu saya supaya tidak meninggalkannya di dalam kereta lagi,” kata Anastasi.
Anak patung serupa itu amat popular di kalangan kanak-kanak perempuan.
Pengeluarnya berusaha keras untuk menjadikannya kelihatan seperti bayi, termasuk melukis tanda lahir padanya.
Isteri Anastasi, Victoria berkata, anaknya tidak boleh dipisahkan dengan anak patung itu tetapi ia menyebabkan pelbagai masalah.
Pernah seorang wanita terkejut dan ketakutan melihat Chanel menggoncangkan kepala anak patung itu. Wanita itu menyangka ia bayi betul,” kata Victoria. - Agensi
http://www.hmetro.com.my

No comments: