Pages

Sunday, April 3, 2011

10 pemberontak maut dalam serangan tentera bersekutu




KORBAN SERANGAN UDARA:Para pemberontak berdoa di kubur 10 rakan mereka yang terkorban ekoran serangan udara tentera bersekutu di bandar Brega, kelmarin. - Foto REUTERS




BREGA (LIBYA): Sekurang-kurangnya 10 pemberontak terkorban ekoran serangan udara tentera bersekutu kelmarin, sedang pertempuran dengan tentera Muammar Gaddafi di bandar Brega, yang kaya dengan sumber minyak semakin sengit.
Serangan udara itu turut menyebabkan tiga orang awam terkorban, termasuk seorang pemandu ambulans dan tiga pelajar perubatan.'Beberapa anggota pasukan Gaddafi telah menyeludup masuk di kalangan para pemberontak dan melepaskan tembakan antipesawat ke udara.'Selepas itu, pasukan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) tiba dan mengebom mereka,' kata seorang pemberontak, Mustafa Ali Omar.Di sebalik korban jiwa itu, jurucakap pemberontak, Mustafa Gheriani, berkata pihaknya masih memerlukan sokongan serangan udara pasukan bersekutu.'Anda harus lihat dari sudut yang lebih luas. Kesilapan boleh berlaku. Kita sedang cuba mengguling Gaddafi dan kematian akan berlaku, walaupun perkara itu menyedihkan,' katanya.Sementara itu, di Brussels, jurucakap Nato, Cik Oana Lungescu, berkata pihaknya sedang meneliti laporan yang diterima mengenai kejadian itu.'Nato sentiasa prihatin tentang laporan mengenai kematian orang awam. Misi Nato ialah untuk melindungi orang awam dan kawasan orang awam daripada diserang,' kata Cik Lungescu.Awal dari itu, rejim Presiden Muammar Gaddafi menuduh pasukan tentera antarabangsa melakukan 'jenayah kemanusiaan' berikutan tindakan berterusan pengeboman yang turut mengorbankan orang awam.Jurucakap pemerintah, Encik Mussa Ibrahim, berkata tindakan tentera bersekutu yang melakukan serangan udara dan laut dengan mensasarkan rakyat Libya sebenarnya 'penjenayah' dan 'golongan tidak bermoral' hingga sanggup melakukan jenayah kemanusiaan.Encik Ibrahim berkata, enam orang awam terbunuh semalam selepas serangan di perkampungan Bouargoub, berdekatan bandar minyak Brega di timur Tripoli.Beliau juga menolak tawaran perjanjian damai dan gencatan senjata yang dibuat oleh kumpulan pemberontak.Sebelum ini, seorang pemimpin pemberontak di bandar Benghazi, Mustafa Abdul Jalil, berkata kumpulan pemberontak bersedia berdamai jika pasukan tentera Encik Gaddafi menghentikan serangan ke atas bandar yang kini dikawal oleh pemberontak.'Para pemberontak tidak pernah menawarkan kedamaian. Mereka bukan menawarkan kedamaian. Mereka sebalik membuat tuntutan yang mustahil.'Kami tidak akan berundur daripada bandar-bandar kami. Kami adalah pemerintah, bukan mereka,' kata Encik Ibrahim, yang menyifatkan tawaran perjanjian damai itu hanya satu 'muslihat'. -- Agensi.Cyberita Online Luar Negara

No comments: