Pages

Sunday, April 3, 2011

Banjir di Perlis: 3,620 masih di pusat pemindahan


KANGAR 3 April – Seramai 3,620 mangsa banjir masih lagi berada di pusat-pusat pemindahan di Perlis pagi ini, berkurangan sebanyak 145 orang berbanding malam tadi.

Jurucakap bilik gerakan banjir Perlis berkata, mereka ditempatkan di 19 pusat pemindahan di kawasan Kangar, enam di Arau dan satu di Padang Besar.
Jumlah mangsa banjir dijangka terus berkurangan lewat petang ini berikutan kebanyakan kawasan yang dilanda banjir terutama di utara Perlis mulai surut.
Cuaca di negeri ini cerah pagi ini. - Bernama

1 comment:

mcm ni lah said...

seharian cari info kat blog caca marba,. dh petang baru ade,. tq yer,.