Pinggang biola
BAGI kebanyakan orang, cara terbaik untuk mendapatkan pinggang yang ramping bak kerengga adalah dengan mengamalkan diet seimbang dan melakukan senaman secara kerap.

Tetapi, bagi Michele Kobke, 24, dari Jerman dia hanya perlu memakai korset selama tiga tahun.

Hasilnya, Kobke kini memiliki pinggang seperti biola berukuran 40 sentimeter (sm) berbanding 64 sm sebelum ini.

"Saya berasa lebih cantik kerana memiliki pinggang sebegini ramping. Ia sememangnya unik kerana pergerakan saya menjadi lebih feminin," katanya lagi.

Bagaimanapun, ketaksubannya telah memberi kesan buruk kepada kesihatannya.

Wanita itu tidak lagi boleh berdiri tegak tanpa memakai korset selain tidak dapat bernafas dengan betul.

Kobke juga tidak boleh menjamah makanan seperti biasa dan hanya mengambil kuantiti yang kecil pada setiap hari menurut laporan Daily Mail.