Pages

Tuesday, November 11, 2014

Lelaki dakwa rakam imej raksasa Loch Ness



AGENSI - GAMBAR yang dirakam Collins ini menunjukkan satu objek berleher panjang (dalam bulatan) sedang berenang di Tasik Loch Ness di Lewiston, Scotland baru-baru ini.


LEWISTON, Scotland – Seorang lelaki di sini mendakwa berjaya merakamkan video dan gambar satu objek yang dipercayai seekor raksasa misteri yang mendiami Tasik Loch Ness berhampiran Drumnadrochit dekat sini.
Lelaki tersebut, Richard Collis, 58, berkata, dia melihat satu objek pelik sedang berenang di permukaan tasik berkenaan ketika sedang memandu berhampiran kawasan itu pada minggu lalu.
“Saya melihat seperti ada seekor haiwan berleher panjang sedang berenang di permukaan tasik dan saya terus mengambil telefon bimbit untuk merakamkan gambar serta video.
“Saya yakin objek berkenaan adalah raksasa yang mendiami tasik ini sejak beratus-ratus tahun lalu,” katanya.
Tasik tersebut terkenal dengan legenda raksasa Loch Ness selepas seorang lelaki, Christian Spurling merakamkan gambar objek menyerupai seekor raksasa berleher panjang sedang berenang pada tahun 1993.
Sejak itu beberapa individu juga mengaku berjaya merakamkan imej raksasa misteri tersebut di tasik berkenaan. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1111&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3IiKw7FJt 
Hakcipta terpelihara 

No comments: