Pages

Tuesday, November 11, 2014

Sambut ulang tahun ke-100 dengan aktiviti terjunan udara



Agensi - CUNNINGHAM kelihatan gembira ketika ditemu bual oleh wartawan sejurus selepas mendarat.


NEW YORK – Seorang nenek di sini menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-100 dengan cara luar biasa apabila melakukan aktiviti terjunan udara dari sebuah pesawat.
Nenek tersebut, Eleanor Cunningham melakukan terjunan itu bersama seorang penerjun udara profesional, Dean McDonald di Saratoga, Gansevoort pada Sabtu lalu.
Cunningham yang memakai sut berwarna merah dipimpin oleh beberapa cucunya menaiki sebuah pesawat kecil sebelum membuat terjunan dari ketinggian beberapa ribu meter.
“Saya amat teruja dan tidak sangka pada usia sebegini saya masih mampu melakukan aktiviti lasak lagi.
“Sebelum membuat terjunan, saya telah berjumpa dengan doktor dan dia memberitahu, saya sihat untuk melakukan aktiviti ini,” katanya.
Menurutnya, dia kekal sihat dengan mengamalkan makan sayur-sayuran dan dikelilingi dengan orang muda. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1111&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz3IiL905b8 
Hakcipta terpelihara 

No comments: