Pages

Thursday, July 5, 2012

Tayyip Erdogan didakwa seret Turki dalam pertumpahan darah di Syria

ANKARA 4 Julai - Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan telah menyeret Turki menjadi sebahagian daripada pertumpahan darah di Syria dengan mencampuri hal ehwal dalaman negara itu dan memberi bantuan logistik kepada pemberontak, menurut Presiden Bashar al-Assad kepada akhbar Turki.
Assad turut menuduh pemimpin Turki itu sebagai 'talam dua muka' kerana menggalakkan agenda perkauman di wilayah itu dan cuba menyakinkan Damsyik untuk memperkenalkan pembaharuan politik sementara mengendahkan pembunuhan dan runtuhnya demokratik di negara-negara Teluk Arab.
"Kemahuannya dari mula lagi untuk mencampuri urusan negara kami menyebabkan Turki kini menjadi sebahagian daripada pertumpahan darah di Syria.
"Negara itu telah menyalurkan sokongan logistik kepada pemberontak yang membunuh rakyat Syria," kata Assad yang dipetik oleh akhbar Cumhuriyet yang diterbitkan hari ini.
Assad berkata, beliau turut berharap tenteranya tidak menembak jatuh jet pejuang Turki bulan lalu, mengulangi pendirian pegawai Syria sebelum ini yang menyatakan mereka tidak mengetahui identiti pesawat terbabit ketika ia ditembak jatuh.
Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu bagaimanapun menolak komen Presiden Syria itu dan menyifatkannya sebagai satu penipuan dan tidak percaya beliau benar-benar kesal.
Sementara itu, sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh akibat dibunuh oleh tentera Syria hari ini, menurut aktivis sehari selepas pembangkang yang berpecah-belah berusaha bersatu menyingkirkan Assad.
Jawatankuasa Penyelaras Tempatan berkata, mangsa yang maut kebanyakannya di wilayah Daraa.
Aktivis yang beribu pejabat berhampiran dengan ibu negara Damsyik memberitahu dpa, tentera rejim membina pelancar roket berhampiran kawasan pro-pembangkang di Arbeen, Harasta dan Douma. - REUTERS/DPA

No comments: