Pages

Thursday, July 5, 2012

PM Turki ‘talam dua muka’: Bashar al-Assad

ANKARA: Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan dituduh menjadikan negaranya sebagai pihak yang terbabit dalam pertumpahan darah di Syria dengan mencampuri hal ehwal dalaman Damsyik dan memberi sokongan logistik kepada kumpulan pemberontak.
Dalam wawancara dengan akhbar Turki semalam, Presiden Syria, Bashar al-Assad menuduh pemimpin Turki berkenaan bersikap ‘talam dua muka’ dengan cuba mencapai agenda perkauman di rantau itu serta memujuk Damsyik melakukan pembaharuan politik tetapi pada masa sama tidak mengendahkan pembunuhan dan pemerintahan tidak demokratik di negara Teluk. 
“Dengan keinginan untuk campur tangan sejak awal lagi dalam urusan hal ehwal dalaman kami, dia menjadikan Turki sebagai pihak bertanggungjawab terhadap semua tindakan pertumpahan darah di Syria.

“Turki memberi semua bentuk sokongan logistik kepada pengganas untuk membunuh rakyat kami,” kata pemimpin Syria itu dalam bahagian kedua wawancara dengan akhbar Cumhuriyet yang disiarkan semalam.

Pada bahagian pertama, Bashar berkata, beliau kecewa tenteranya menembak jatuh pesawat Turki bulan lalu dan mengulangi pendirian rasmi Syria bahawa ia tidak tahu identiti kapal terbang berkenaan sebelum menembaknya jatuh. - Reuters

No comments: