Pages

Thursday, July 5, 2012

Penyakit misteri Kemboja disiasat

Kanak-kanak Kemboja hidap  penyakit misteri.
Kanak-kanak Kemboja hidap penyakit misteri.
60 kanak-kanak mati dalam tempoh tiga bulan 

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan akan sentiasa mendapatkan perkembangan terkini daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berhubung penyakit misteri yang menyebabkan kematian 60 kanak-kanak Kemboja dalam tempoh tiga bulan lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hassan Abdul Rahman, berkata walaupun kes penyakit itu belum dilaporkan berlaku di negara ini, pihaknya sentiasa mengambil langkah pengawalan dan berjaga-jaga bagi memastikan ia tidak menular ke sini. 
“Kita sudah mendapatkan laporan daripada WHO sebentar tadi (semalam) dan dimaklumkan 46 daripada 60 kanak-kanak itu meninggal dunia dalam tempoh 24 jam selepas dimasukkan ke hospital, selain dikesan mengalami radang paru-paru. 

“Malah, mereka (WHO) menyatakan bahawa wabak berkenaan (kes kematian yang dilaporkan) tiada kaitan antara satu sama lain dan ini bukan penyakit berjangkit,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Semalam, WHO mengesahkan wujudnya sejenis penyakit yang belum dikenal pasti, membunuh 60 kanak-kanak Kemboja dalam tempoh tiga bulan kebelakangan ini.

No comments: