Pages

Saturday, July 14, 2012

Mangsa pembunuhan Srebrenica dikebumikan

Keluarga dan masyarakat Islam menunaikan solat jenazah kepada 520 mangsa kekejaman tentera Serb sema
Keluarga dan masyarakat Islam menunaikan solat jenazah kepada 520 mangsa kekejaman tentera Serb semalam.
SREBRENICA - Sebanyak 520 jenazah mangsa Srebrnica disemadikan dengan penuh istiadat di Potocari dekat Srebrenica iaitu lokasi pembunuhan beramai-ramai selepas Perang Dunia Kedua, kelmarin.

Upacara persemadian itu dihadiri ribuan rakyat Bosnia termasuk kaum keluarga mangsa.

Sebelum ini, jasad semua mangsa diperoleh daripada beberapa kubur sekitar Srebrenica dengan proses pengecaman dibuat melalui analisis asid deoksiribonukleik (DNA).

Proses berkenaan mengambil masa lama kerana kesemua jasad ditemui dalam keadaan bertindan dan ada juga yang telah hancur.

Kesemua mereka yang terbunuh merupakan mangsa kekejaman tentera Serb Bosnia yang diketuai General Ratko Mladic.

Setakat ini, lebih daripada 5,000 mangsa Srebrnica telah disemadikan secara sempurna.

No comments: