Pages

Saturday, July 14, 2012

Kerajaan Bashar mula pindahkan senjata kimia

WASHINGTON: Pegawai Amerika Syarikat semalam berkata, Syria sudah mula memindahkan sebahagian senjata kimianya daripada tempat simpanan.
Stok simpanan gas saraf sarin, mustard dan sianida Syria sudah sekian lama membimbangkan Amerika dan sekutunya di rantau itu.

Negara Barat berusaha mencari petanda mengenai kemungkinan terdapat perubahan dalam lokasi senjata itu yang dipercayai simpanan yang terbesar di dunia.
Bagaimanapun, pegawai Amerika berbelah bagi mengenai tindakan memindahkan senjata berkenaan. Ada yang bimbang kerajaan Presiden Bashar al-Assad merancang menggunakannya terhadap pemberontak atau orang awam sementara yang lain berkata, beliau mungkin mahu melindungi senjata itu daripada penentangnya, menurut laporan akhbar Wall Street Journal.

Kerajaan Syria bagaimanapun menafikan ia memindahkan senjata itu. - AFP

No comments: