Pages

Saturday, July 14, 2012

Barat beri tempoh 10 hari kepada Syria

NEW YORK - Negara Barat memberi tempoh 10 hari kepada Presiden Syria, Bashar al- Assad untuk menghentikan penggunaan senjata berat atau negara itu akan berhadapan dengan sekatan.

Syarat terbaru itu terkandung di dalam draf resolusi yang dihantar kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kelmarin.

Difahamkan, jika Syria gagal mematuhi syarat tersebut, negara itu akan dikenakan sekatan bukan ketenteraan.

Syarat yang dilihat sebagai amaran secara langsung kepada Syria itu diumumkan selepas pelan peralihan kuasa yang dicadangkan oleh Wakil Khas Liga Arab dan PBB, Kofi Annan seakan sukar untuk dilaksanakan selepas menerima bantahan daripada beberapa pihak.

No comments: