Pages

Monday, June 4, 2012

Mesir kembali bergolak

Berita Harian Online | Mesir kembali bergolak:
Hukuman dikenakan terhadap Mubarak dianggap terlalu ringan

Foto
DUA penunjuk perasaan berbaring bersebelahan kubur
olok-olok yang dibuat bagi memperingati mereka yang
terbunuh ketika kebangkitan rakyat di Medan Tahrir, Kaherah semalam.
KAHERAH: Beratus-ratus penunjuk perasaan memenuhi Medan Tahrir semalam bagi membantah hukuman penjara seumur hidup yang dijatuhkan kepada bekas pemerintah kuku besi Mesir, Hosni Mubarak, dan ketua keselamatannya yang diumumkan kelmarin, yang dianggapkan terlalu ringan.
Sebahagian penunjuk perasaan tidur di dalam khemah atau di tempat terbuka tengah malam kelmarin di dataran bersejarah itu, pusat kebangkitan rakyat yang menyingkirkan pemerintahan Mubarak pada tahun 2011 selepas tiga dekad memerintah secara zalim.
Foto
PENUNJUK perasaan memegang kasut sambil melaungkan
slogan anti Hosni Mubarak ketika membuat bantahan di Medan
 Tahrir, beberapa jam selepas hakim menjatuhkan hukuman
penjara seumur hidup ke atas bekas diktator itu, semalam.
Ramai orang berasa kami kembali berada dalam pemerintahan rejim lama ketika mendengar keputusan itu. - Feda Essam, Penunjuk perasaan di Dataran Tahrir
“Kami berhasrat berada di sini hari dan kemungkinan esok. Kami menjangkakan ramai lagi yang akan datang,” kata salah seorang penunjuk perasaan, Omar Abdelkader.

Kira-kira 20,000 orang berkumpul kelmarin selepas hakim menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas Mubarak, 84, dan Menteri Dalam Negeri, Habib al-Adly, kerana peranan mereka dalam kematian lebih 800 penunjuk perasaan ketika pemberontakan tahun lalu tetapi membebaskan enam ketua keselamatannya atas dakwaan sama.

Dakwaan rasuah terhadap anak lelaki Mubarak, Alaa dan Gamal, digugurkan kerana status had yang sudah berakhir dan pemimpin yang ditumbangkan itu juga dibebaskan dalam satu daripada kes rasuah.

Salah seorang anggota pasukan pembela Mubarak memberitahu AFP, bekas presiden itu akan membuat rayuan. 
Mubarak, satu-satunya pemimpin kuku besi yang tumbang dalam pemberontakan dan dibicarakan di negaranya sendiri, berdepan hukuman gantung seperti yang diminta pendakwa.

Pasukan pembela diktator itu dan peguam mangsanya berkata, rayuan mudah dibuat mengenai keputusan itu.

Keputusan menimbulkan kemarahan orang ramai di dalam dan di luar kamar mahkamah, dengan penunjuk perasaan mengadakan perhimpunan di Kaherah, Iskandariah dan beberapa bandar raya lain.

“Ramai orang berasa kami kembali berada dalam pemerintahan rejim lama ketika mendengar keputusan itu,” kata penunjuk perasaan di Dataran Tahrir, Feda Essam. – AFP
'via Blog this'

No comments: