Pages

Monday, June 4, 2012

Cubaan musnah Syria: Bashar

myMetro | Cubaan musnah Syria: Bashar:

DAMSYIK: Presiden Syria, Bashar al- Assad semalam berkata, kerajaannya berdepan dengan rancangan asing untuk memusnahkan negara itu.
Berucap di Parlimen di sini, Bashar juga menyalahkan ‘pengganas yang tidak berperikemanusiaan’ berhubung kejadian pembunuhan beramai-ramai di Houla. 
Bashar berkata demikian ketika pemimpin dunia Arab menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak menghentikan pertumpahan darah di Syria dan Perancis tidak menolak kemungkinan menggunakan tindakan ketenteraan terhadap Damsyik menerusi mandat badan dunia itu.

“Rancangan sulit itu sudah terbongkar dan peranan antarabangsa dalam kejadian di Syria kini semakin jelas,” kata Bashar dalam ucapan sulung di Parlimen sejak pilihan raya 7 Mei lalu.

Menurutnya, pilihan raya berkenaan adalah tindak balas terbaik kepada ‘penjenayah dan pihak yang membiayai mereka.’

Bashar yang menerima tepukan gemuruh daripada anggota Dewan berkata, kekejaman seperti yang berlaku di Houla, tengah Syria, pada 25 dan 26 Mei lalu yang menyebabkan sekurang-kurangnya 108 orang dibunuh, dilakukan oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan.

Dalam ucapannya itu, Bashar yang berpakaian kemas, juga memberi penghormatan kepada orang awam dan anggota tentera negara itu yang terkorban dalam keganasan dengan berkata, darah mereka tidak mengalir secara sia-sia.

“Kita bukan berdepan dengan masalah politik tetapi rancangan untuk memusnahkan negara ini,” kata Bashar.

Pemimpin Syria itu juga berkata, kerajaannya tidak akan mengadakan rundingan dengan kumpulan pembangkang yang berusaha untuk mendapatkan campur tangan asing.

“Syria terbuka kepada rakyat Syria tidak kira pandangan mereka. Namun, keganasan tidak boleh dijadikan sebahagian daripada proses politik dan kita mesti menentang keganasan untuk memulihkan negara,” katanya.

Dalam keganasan terbaru Sabtu lalu, 89 orang terbunuh, termasuk 57 anggota tentera. - AFP

'via Blog this'

No comments: