Pages

Monday, June 4, 2012

Serangan siber pilihan bertamadun: Britain

myMetro | Serangan siber pilihan bertamadun: Britain: "SINGAPURA: Menteri Angkatan Tentera Britain, Nick Harvey semalam berkata, serangan siber terhadap apa yang dilihat sebagai ancaman terhadap keselamatan kebangsaan adalah ‘pilihan yang bertamadun,’ untuk meneutralkan serangan yang mungkin dilakukan.

Beliau berkata demikian pada Sidang Kemuncak Keselamatan Asia di Singapura sebagai mengulas laporan mengenai serangan siber oleh Amerika Syarikat terhadap Iran dengan tujuan melumpuhkan program nuklear Republik Islam itu.


“Saya tidak tahu secara khusus mengenainya dan saya tidak akan mengulas. Tetapi, apa yang saya boleh katakan ialah jika sesebuah negara sudah mencapai kepada keputusan yang perlu dilakukannya, untuk kepentingan atau keselamatan kebangsaan, serangan siber adalah satu pilihan yang bertamadun,” katanya.

Sebuah syarikat komputer Russia minggu lalu berkata, ia menemui virus baru yang berbahaya dan mensasarkan Iran secara khusus serta boleh digunakan sebagai senjata siber oleh Barat dan Israel.


Kaspersky Lab berkata, pakarnya menemui virus yang dinamakan ‘Flame’ ketika siasatan yang dilancarkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa. - AFP"

'via Blog this'

No comments: