Pages

Monday, June 4, 2012

Bencana timpa Israel jika serang Iran

myMetro | Bencana timpa Israel jika serang Iran: "TEHERAN: Sebarang serangan Israel terhadap Iran akan membawa bencana kepada negara Yahudi itu, kata pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

Dalam ucapan yang disiarkan menerusi televisyen negara itu, Ali juga berkata, prasangka masyarakat antarabangsa bahawa Iran berusaha menghasilkan senjata nuklear adalah berdasarkan penipuan.


Beliau turut menegaskan, sekatan yang dkenakan terhadap Iran tidak berkesan, sebaliknya menguatkan lagi azam negara itu.

Ucapannya sempena ulangtahun ke-23 kematian pengasas Republik Islam Iran, Ayatollah Ruhollah Khomeini tidak mengandungi petunjuk bahawa negara itu akan bertolak ansur mengenai program nuklearnya.


Menurutnya, Israel merasakan terancam dan ketakutan selepas sekutunya, bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak digulingkan tahun lalu.


“Dakwaan mengenai Iran sebagai sebuah negara nuklear akan menimbulkan bahaya adalah satu penipuan.

“Apa yang mereka takutkan atau perlu takut ialah bukan nuklear tetapi Iran yang Islamik. Cerita yang mereka reka mengenai senjata nuklear adalah satu penipuan.


“Matlamat mereka ialah untuk mengubah tanggapan orang awam daripada masalah ekonomi yang berlaku di Amerika Syarikat dan Eropah,” katanya. - AFP"

'via Blog this'

No comments: