Pages

Monday, June 4, 2012

Thaksin keruhkan krisis politik Thailand

Thaksin keruhkan krisis politik Thailand:

BANGKOK 3 Jun - Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra mengeruhkan lagi krisis politik di negara ini, apabila menggesa penyokongnya yang dikenali sebagai kumpulan Baju Merah supaya menentang segala usaha untuk menggulingkan kerajaan, lapor media hari ini.
Thaksin berkata, keputusan Mahkamah Perlembagaan untuk menangguhkan pembentangan rang undang-undang yang boleh memberi pengampunan kepada semua parti terlibat dalam keganasan dan kesalahan politik sejak akhir 2005 hingga pertengahan 2010 di Parlimen, merupakan cubaan menggulingkan kerajaan.
Beliau berkata, ia menandakan usaha baru untuk merampas kuasa daripada rakyat selepas rampasan kuasa 2006 yang menyaksikan kerajaan pimpinannya digulingkan
''Adakah anda akan membiarkan mereka merampas kuasa kita sekali lagi. Kita tidak boleh mempercayai situasi sekarang kerana mereka melanggar undang-undang.
''Sebelum ini saya rasa perdamaian boleh dicapai tetapi nampaknya ia tidak akan berlaku,'' katanya ketika berucap kepada berpuluh ribu penyokongnya melalui satu sidang video di Thunder Dome, Nonthaburi di sini semalam.
Kumpulan Baju Merah itu menghadiri majlis ulang tahun kelima program televisyen, Truth Today milik Barisan Demokrasi Terhadap Kepimpinan Diktator (UDD).
Pemimpin UDD turut mengkritik keputusan mahkamah itu dan penentang rang rang undang-undang tersebut yang diketuai Parti Demokrat dan anggota Pakatan Rakyat untuk Demokrasi (PAD) yang dikenali sebagai kumpulan Baju Kuning.
Thaksin berkata, ada pihak cuba menggulingkan kerajaan pimpinan Parti Pheu Thai yang diketuai adiknya, Yingluck Shinawatra. - AGENSI

'via Blog this'

No comments: