Pages

Monday, October 31, 2011

Polis tak dibenar tonton televisyen




2011/10/31

JAKARTA: Muak dengan sikap pegawai bertugas yang lebih menumpukan perlawanan bola sepak dan drama bersiri yang ditayangkan dalam televisyen berbanding laporan kerja mereka, ketua polis Jawa Tengah mengharamkan penggunaan televisyen di ibu pejabat wilayah dan balai polis.

Inspektor Jeneral Didiek S Triwidodo mengumumkan arahannya kelmarin selepas merasmikan bangunan polis baru di Magelang, lapor laman berita Detik.com yang dipetik akhbar Jakarta Globe.
“Saya tidak mahu melihat ada lagi televisyen di mana-mana premis polis,” kata Didiek dalam ucapannya dan menambah penggunaan televisyen di balai polis hanya mengganggu dan mengurangkan prestasi kerja pegawai.
“Saya bukan anti televisyen, tetapi menonton televisyen ketika bertugas tidak wajar.

Anda tidak mampu memberi perkhidmatan yang sepenuhnya kepada orang ramai apabila sibuk menonton perlawanan bola sepak,” katanya. – Agensi
Berita Harian Online | Polis tak dibenar tonton televisyen:

'via Blog this'

No comments: