Pages

Monday, October 31, 2011

Individu tidak merokok terdedah kanser paru-paru



NEW YORK 30 Okt. - Individu yang tidak pernah merokok tetapi tinggal di kawasan yang mempunyai tahap kualiti udara yang rendah dilihat 20 peratus lebih berisiko menghidap kanser paru-paru berbanding mereka yang tinggal di kawasan udara bersih.
Menurut pengkaji, merokok dikatakan sebagai punca utama kanser paru-paru dan hanya satu daripada 10 orang menghidap penyakit tersebut terdiri daripada golongan tidak merokok.
"Kanser paru-paru di kalangan bukan perokok tidak boleh dianggap sebagai isu remeh malah penyakit tersebut menjadi pembunuh keenam di Amerika Syarikat (AS)," kata ketua kajian dari Universiti Ottawa, Michelle Turner.
Kajian terdahulu mendapati antara 14 hingga 21 daripada 100,000 wanita yang tidak merokok menghidapi kanser paru-paru, manakala antara lima hingga 14 daripada 100,000 lelaki yang turut tidak merokok menghidap penyakit itu.
Zarah halus dalam pencemaran udara yang boleh menyebabkan iritasi pada paru-paru dilihat faktor utama menyumbang kepada pembentukan kanser, namun para pengkaji tidak dapat mengesahkan teori tersebut selain daripada merokok.
Kajian tersebut dijalankan terhadap lebih 180,000 individu yang tidak merokok berusia 26 tahun di 50 negeri di AS termasuk Puerto Rico dan sepanjang kajian dijalankan, seramai 1,100 orang meninggal dunia akibat kanser paru-paru.
Kajian tersebut bagaimanapun menjelaskan, risiko untuk menghidapi kanser paru-paru akibat pencemaran udara lebih kecil berbanding menghisap rokok.
Kumpulan pengkaji turut tidak menyediakan bukti yang menyokong teori udara tercemar boleh menyebabkan kanser paru-paru, namun tidak menolak ia boleh menjadi satu daripada penyumbang kepada penyakit berbahaya itu. - REUTERS

No comments: