Pages

Wednesday, September 21, 2011

Klum insurans kaki RM6.1j


Heidi Klum
Heidi Klum

Nilai sebelah kiri lebih rendah akibat parut terkena kaca

TORONTO: Kaki supermodel berasal dari Jerman, Heidi Klum diinsuranskan sebanyak AS$2 (RM6.1 juta).
Bekas model pakaian dalam Victoria Secret yang berkahwin dengan penyanyi kulit hitam, Seal bagaimanapun perlu menjalani pemeriksaan kakinya dulu sebelum harga ditetapkan.
Akhbar Toronto Sun melaporkan, Klum berkata sebelah kakinya bernilai lebih daripada yang sebelah lagi kerana ada parut akibat terpijak serpihan kaca.

“Saya secara peribadi tidak membeli insurans untuk kaki saya tetapi pelanggan saya baru-baru ini berbuat demikian untuk saya. Secara dasarnya, ketika saya berada di London, saya ke tempat di mana mereka memeriksa kaki saya,” katanya ketika menjadi tetamu rancangan televisyen Extra.

“Mereka melihat dan menilai kaki saya. Ada parut ketika saya terpijak serpihan kaca di kaki kiri, jadi ia tidaklah semahal kaki di sebelah kanan,” kata hos televisyen, pereka kasut, minyak wangi dan barang perhiasan itu.

The Nation bagaimanapun melaporkan Klum bukanlah selebriti pertama yang membeli insurans untuk kaki atau bahagian badan yang lain.
Secara praktikal, ia sudah lama diamalkan. Bintang filem, Betty Grable dan Angie Dickinson masing-masing menginsuranskan kaki mereka dengan nilai AS$1 juta (RM3 juta). Pelawak, Jimmy Durante turut membeli insurans untuk hidungnya sebanyak AS$50,000 (RM154,192), manakala penyanyi dan aktres, Marlene Dietrich menginsuranskan suaranya dengan harga AS$1 juta (RM3 juta).

Bruce Springsteen dengan mudah membeli insurans bernilai AS$6 juta (RM18.4 juta) untuk kerongkong yang terkenal itu.

Bintang televisyen yang turut menyertai kegilaan insurans kaki termasuk Angie Everhart dan Mary Hart yang membeli insurans untuk kedua-dua kaki dengan nilai AS$1 juta (RM3 juta). – Agensi 

No comments: