Pages

Tuesday, August 23, 2011

Seif al-Islam masih bebas di Tripoli

TRIPOLI: Anak lelaki Muammar Gaddafi, Seif al-Islam, yang dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kerana jenayah terhadap kemanusiaan, tidak ditahan pihak pemberontak seperti dilaporkan dan masih berada di Tripoli.

Beberapa wartawan melihat Seif al-Islam berada di kompleks kediaman Gaddafi di ibu negara Libya itu.
Pendakwaraya ICC, Luis Moreno-Ocampo, sebelum ini berkata lelaki berusia 39 tahun itu ditangkap dan kini berada dalam tahanan. - AFP

No comments: