Pages

Tuesday, August 23, 2011

Pengusaha tanah perkuburan swasta maut selepas tercampak dari kereta

NIBONG TEBAL: Seorang pengusaha Tanah Perkuburan swasta di Taiping, Perak maut selepas tercampak keluar dari kereta selepas kenderaan itu terbabas di KM164.5, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Nibong Tebal, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superitendan Shafien Mamat, berkata Tan Kean Choon, 55, mati di tempat kejadian manakala pemandunya Wan Mohd Amirul Azan Wan Abdullah, 37, cedera ringan dalam kemalangan yang berlaku jam 12.30 tengah hari itu.
"Kemalangan berlaku apabila kereta Mercedes Benz yang dipandu oleh Wan Mohd Amirul terbabas ke kiri jalan dan melanggar batu papan tanda jalan.
"Akibat kejadian itu, Tan yang duduk di bahagian penumpang hadapan tercampak keluar dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini, sebentar tadi.

Katanya, mereka dalam perjalanan dari Taiping ke Alor Star, Kedah atas urusan perniagaan.

Shafien berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk dibedah siasat.

"Pemandu kereta berkenaan cedera ringan dan sedang dirawat HSB," katanya.
Beliau meminta orang ramai yang melihat kejadian berkenaan agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - BERNAMA , bharian

No comments: