Pages

Tuesday, August 23, 2011

Budak haus tersepit di serombong asap

WEST VALLEY CITY (Utah): Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun yang terlalu dahaga cuba memasuki rumah jirannya melalui serombong asap tetapi akhirnya tersepit di situ selama berjam-jam.
Polis West Valley City, Sarjan Robert Hamilton berkata, kanak-kanak itu memanjat pokok untuk naik ke bumbung rumah kemudian cuba melorot turun melalui serombong, Jumaat lepas.
Dia berjaya meloloskan badan turun 30 kaki tetapi akhirnya tersepit di antara tingkat bawah tanah dan tingkat petama.

Kata Hamilton, kanak-kanak itu yang tinggal tidak jauh dari situ, pernah bermain dengan cucu pemilik rumah itu.


“Pemilik rumah itu keluar makan malam dan apabila pulang, mereka mendengar suara kanak-kanak menangis di serombong,” katanya lagi.

“Saya masih gerun memikirkan kanak-kanak tersepit dalam serombong,” kata pemilik rumah itu, Richard Draper. - AP, hmetro

No comments: