Pages

Sunday, July 3, 2011

Gaddafi ancam serang Eropah

SEKUMPULAN kanak-kanak yang menyokong pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menyertai satu tunjuk perasaan anti-Barat di Tripoli semalam.


TRIPOLI - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi berikrar untuk menyerang kediaman, pejabat dan keluarga orang ramai di Eropah untuk membalas dendam serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Udara (NATO) ke atas Libya. Ancaman Gaddafi bagaimanapun diperlekeh Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hilary Clinton yang menyatakan, pemimpin Libya berusia 69 tahun itu sepatutnya meletak jawatan dan bukan membuat ugutan.

Dalam satu ucapan telefon yang disiarkan kepada sekitar 100,000 penyokongnya di Dataran Hijau, di sini, Gaddafi mengesa NATO menghentikan kempen pengebomannya atau berdepan risiko melihat pejuang-pejuang Libya membanjiri Eropah seperti kawanan belalang. "Berundur, anda (NATO) tidak akan ada peluang untuk menewaskan pejuang-pejuang negara ini yang berani," kata Gaddafi dalam ucapannya kelmarin.

"Mereka boleh menyerang kediaman kamu, pejabat kamu dan keluarga kamu yang akan menjadi sasaran ketenteraan seperti kamu (Barat) menjadikan rumah kami, pejabat kami dan kanak-kanak kami sebagai sasaran," katanya.

Gaddafi bersama anak lelakinya, Seif Al-Islam Gaddafi dan ketua perisikannya, Abdullah Al-Sanussi dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang beribu pejabat di The Hague, Belanda kerana jenayah kemanusiaan. Pemimpin Libya itu bagaimanapun berikrar akan berperang sehingga ke titisan darah terakhir. Beliau menganggap operasi NATO di Libya sebenarnya merupakan usaha Barat untuk merampas hasil minyak negara Afrika Utara itu. - Reuters

Kosmo! Online - Dunia

No comments: