Pages

Saturday, July 16, 2011

Chavez gesa Gaddafi terus lawan



SEORANG wanita Libya mengacukan pistol bersama sekumpulan yang lain menyatakan sokongan terhadap Gaddafi di Al-Ajaylat, barat Tripoli.
SEORANG wanita Libya mengacukan pistol bersama sekumpulan yang lain menyatakan sokongan terhadap Gaddafi di Al-Ajaylat, barat Tripoli.
Pemimpin Venezuela suruh Eropah selesaikan masalah sendiri dulu


CARACAS: Presiden Venezuela, Hugo Chavez, semalam menegaskan pendiriannya menyokong pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan menggesa beliau terus bertahan selain meminta negara Eropah agar mengutamakan masalah dalaman dan lebih 'menjaga tepi kain' sendiri.
“Gaddafi terus bertahan. Hingga bila kemarahan ini akan berterusan?,” kata Chavez dalam satu mesyuarat dengan menterinya.
Sebahagian daripada majlis mesyuarat itu disiarkan secara langsung rangkaian televisyen milik kerajaan VTV.

“Libya adalah sebuah negara merdeka yang perlu dibiarkan menghadapi masalahnya sendiri, bukan untuk kepentingan sesuatu empayar. Hidup Libya dan kemerdekaannya,” katanya lagi.

Chavez menuduh pemimpin Perancis, Britain, Itali dan Sepanyol menentang rejim pemerintahan Libya, sedangkan setahun lalu mereka menjalin hubungan perniagaan dengan Gaddafi.

“Gaddafi sudah tua tetapi masih bertahan. Teruskan perjuangan anda Gaddafi, teruskan perjuangan anda negara Libya,” katanya.
Pentadbiran Chavez secara lantang mengecam operasi tentera asing di Libya dan cubaan merampas kepentingan minyak negara itu oleh kuasa Barat.

Pada 2004, Chavez menerima Anugerah Antarabangsa Hak Asasi Al-Gaddafi daripada pemimpin Libya itu.

Pemimpin Cuba, Fidel Castro dan Presiden Nicaragua, Daniel Ortega juga pernah menerima anugerah berkenaan.

Kelmarin, pemberontak Libya berundur selepas menyerang pintu masuk ke Tripoli dan kembali ke Brega, ketika Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menafikan dakwaan pihaknya sudah membunuh lebih 1,100 orang awam.

Di ISTANBUL, negara Barat dan Arab mula berunding di Turki bagi mencari penyelesaikan politik di Libya yang akan dapat memujuk Gaddafi menyerah kuasa bagi menamatkan konflik yang mungkin berlanjutan.

Kumpulan negara hubungan Libya ditubuhkan Mac lalu selepas ada laporan menyatakan Gaddafi mungkin bersedia menyerah kuasa selepas 41 tahun memerintah, jika satu perjanjian ditandatangani.

Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu berharap satu penyelesaian politik konflik dapat dicapai sebelum bulan Ramadan. – AFP
Berita Harian Online | Chavez gesa Gaddafi terus lawan

No comments: