Pages

Saturday, July 16, 2011

Rejim Gaddafi tidak lagi sah - Perunding



Menteri Luar Emiriyah Arab Bersatu, Abdullah Bin Zayed al-Nahyan (kanan) berucap pada sidang keempat kumpulan penghubung Libya di Istanbul, Turki, semalam. - AFP


ISTANBUL 15 Julai - Kuasa-kuasa Barat dan Arab yang memulakan rundingan di Turki hari ini bagi mencari penyelesaian kepada konflik politik di Libya mengisytiharkan rejim Muammar Gaddafi tidak lagi sah untuk mentadbir Libya.

Keputusan itu dicapai oleh lebih 30 negara termasuk Amerika Syarikat (AS) pada sidang keempat kumpulan penghubung Libya, yang ditubuhkan di London pada Mac lalu.

Keputusan itu diumumkan dalam satu kenyataan pada sidang berkenaan.

Kenyataan itu juga berkata, negara-negara tersebut juga memilih kumpulan pembangkang Libya, Majlis Peralihan Kebangsaan sebagai badan pentadbir sah di negara itu.

Sidang itu berlangsung selepas Gaddafi dilaporkan mungkin bersedia menamatkan pemerintahannya selama 41 tahun jika sesuatu persetujuan boleh dicapai.

Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu berharap penyelesaian politik kepada konflik itu boleh dicapai menjelang Ramadan yang bakal bermula pada bulan depan. - Reuters/AP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

No comments: