Pages

Saturday, July 16, 2011

Liga Arab tuntut PBB iktiraf Palestin merdeka

RAMALLAH: Liga Arab akan meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengangkat taraf Palestin menjadi anggota penuh badan dunia itu.

Dalam kenyataan hasil mesyuarat badan berkenaan di Qatar, Liga Arab mahu PBB mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka dengan Baitulmaqdis Timur menjadi ibu negara.


Liga Arab juga mahu Palestin diberikan status anggota penuh di PBB.

Walaupun kenyataan itu tidak memberikan sebarang tempoh masa, pegawai Palestin pernah berkata, mereka mahu membuat permohonan pengiktirafan pada sidang September ini.


Delegasi Palestin berkata, Liga Arab menubuhkan jawatankuasa bagi menentukan tarikhnya. - Reuters

myMetro | Liga Arab tuntut PBB iktiraf Palestin merdeka

No comments: