Pages

Sunday, June 12, 2011

Turki sedia 'larikan' Gaddafi




KUMPULAN pemberontak Libya melepaskan tembakan ke arah tentera kerajaan di Qalaa.
KUMPULAN pemberontak Libya melepaskan tembakan ke arah tentera kerajaan di Qalaa.


Pemimpin Libya diberi jaminan keselamatan untuk ke mana sahaja

TRIPOLI: Turki menawarkan Muammar Gaddafi jaminan keselamatan untuk meninggalkan Libya dan pergi ke mana-mana pemimpin Libya yang berdepan pemberontakan rakyat itu pilih.
Namun setakat semalam Ankara belum menerima sebarang jawapan balas dari Gaddafi, ketika pihak pemberontak mendakwa pasukan setia kerajaan membunuh 20 orang dalam serangan di Misrata.
Serangan terbaru NATO turut menyebabkan asap tebal menyelubungi Tripoli kelmarin di mana terletak kediaman pemimpin kuku besi itu dan ibu pejabatnya.

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata kerajaannya sudah menawarkan jaminan keluar kepada pemimpin Libya yang cuba digulingkan pihak pemberontak sejak Februari lalu berikutan pertumpahan darah akibat protes daripada kumpulan propembaharuan.

“Gaddafi sudah tiada pilihan selain meninggalkan Libya, dengan jaminan yang diberikan kepadanya,” kata Edrogan dalam televisyen NTV.

“Kami perlu memberi jaminan ini kepada beliau. Kami memberitahu dia yang kami akan membantu menghantar beliau ke mana saja beliau mahu pergi,” tambahnya tanpa menjelaskan lebih lanjut.
“Bergantung kepada maklum balas yang akan diperoleh daripada beliau, kami akan membawa isu ini dengan sekutu NATO tetapi malangnya sehingga kini, kami masih belum menerima sebarang jawapan daripada pihak Gaddafi,” katanya.

Komen itu dibuat selepas sehari pertumpahan darah berdekatan bandar pelabuhan Misrata, kawasan yang ditawan pemberontak di barat Libya kira-kira 200 kilometer dari Tripoli.

Pasukan Gaddafi sudah mengebom kawasan pinggir Misrata, Dafnia dengan roket Grad, senjata berat dan kereta kebal, kata pemberontak.

“Kira-kira 20 orang termasuk orang awam dan pemberontak terbunuh, manakala 80 lagi cedera di kawasan 35 kilometer dari Misrata, katanya.

Di PARIS, anak perempuan Gaddafi, Aisha memfailkan aduan jenayah perang kali kedua terhadap NATO dan Perancis berikutan serangan udara yang membunuh anggota keluarganya termasuk tiga kanak-kanak, kata peguamnya.

Aisha memfailkan aduan serupa di Brussels pada Selasa berhubung serangan NATO pada 30 April di Tripolo yang menurut pegawai rasmi Libya mengakibatkan kematian anak bongsu Gaddafi dan tiga cucunya. – AFP Berita Harian Online | Turki sedia 'larikan' Gaddafi

No comments: